Anders Behring Breivik

Anders Behring Breivik (ˈɑndəʂ ˈbeːrɪŋ ˈbræjviːk; lahir 13 Februari 1979) merupakan warganegara Norway yang mengaku melakukan serangan Norway 2011 pada 22 Julai 2011, menyebabkan 77 orang terbunuh dan 242 cedera. Pada mulanya beliau mengebom bangunan kerajaan di Oslo. di mana lapan orang maut, dan selepas itu menyerang sebuah kem Parti Buruh di pulau Utøya, di mana beliau menembak mati 69 remaja.[1] Beliau disabitkan kesalahan pembunuhan beramai-ramai, menyebabkan letupan maut dan pengganasan pada Ogos 2012.[2][3]Breivik mempunyai ideologi militan[4] berdasarkan manifesto dalam talian yang diterbitkannya di Internet bertajuk 2083: Deklarasi Kemerdekaan Eropah.[5] Manifesto itu disiarkan pada hari serangan dengan nama samaran Inggeris 'Andrew Berwick'. Dia seorang ultranationalis dan pandangan dunianya xenofobik. Pendiriannya sangat anti-Islam, menyokong Zionisme[4] dan kumpulan kanan jauh atau separa tentera seperti Škorpioni Serbia.[6] Dia mahu melaksanakan penghapusan keganasan Islam, menghapuskan budaya Marxisme, menentang faham pelbagai budaya dan memelihara Kristian Eropah.[7]Breivik mengaku telah melakukan serangan kejam itu tetapi menganggapnya sebagai perlu bagi memasarkan manifestonya.[8] Beliau menafikan telah melanggar undang-undang. Mulanya polis percaya dia bertindakan berseorangan dan tiada rakan sejenayah.Namun Breivik mendakwa mempunyai hubungan dengan pergerakan kanan Norway, rangkaian antarabangsa anti-Islam dan dua sel di Norway dan banyak lagi di lokasi lain. Polis meragui dakwaan itu tetapi sedang menyiasat.[9]Pada 25 Julai 2011, Breivik didakwa "memusnahkan fungsi asas masyarakat" dan "menimbulkan ketakutan serius penduduk", kedua-duanya tindakan keganasan di bawah undang-undang Norway.[10] Dia ditahan selama 8 minggu sementara menunggu perbicaraan, dengan 4 minggu pertama dalam kurungan bersendirian.[9] Perbicaraan bermula pada 16 April 2012, dan hujah penutup berlangsung pada 22 Jun.[11] Pada 24 Ogos, Mahkamah Daerah Oslo mendapati Breivik siuman dan bersalah membunuh 77 orang. Dia dijatuhkan hukuman tahanan pencegahan, dengan tempoh 21 tahun dan minimum 10 tahun, dengan kemungkinan disambung selagi dia dianggap berbahaya kepada masyarakat; media menyatakan kemungkinan dia akan kekal dalam penjara seumur hidupnya.[12] Ini ialah hukuman maksimum di Norway.[13]

Rujukan

WikiPedia: Anders Behring Breivik http://www.bloomberg.com/news/2011-07-24/norway-ki... http://www.eurasiareview.com/nato-attack-on-serbia... http://www.jpost.com/International/Article.aspx?id... http://www.nytimes.com/2011/07/26/world/europe/26o... http://www.praguepost.com/news/9616-oslo-terrorist... http://rapsinews.com/judicial_news/20120824/264386... http://news.yahoo.com/lawyer-norway-suspect-wanted... http://www.aftenposten.no/nyheter/iriks/Her-er-hel... http://www.domstol.no/upload/OBYR/Internett/Nyhete... http://nrk.no/227/dag-for-dag/rettssaken---aktorat...